Pages

Wednesday 10 April 2013

Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah

Ari ni fiq akan menceritakan latar belakang sebuah sek. Sek ni juga merupakan sek fiq pada zaman remaja.

Maklumat Sekolah
Nama Sekolah : SM Sains Raja Tun Azlan Shah
Alamat Sekolah : Peti Surat 79, 34000 Taiping, Perak
Kod Sekolah : AEA 6050
Gred Sekolah : A
Nama Pengetua : Pn Hajah Noriza bt Dato’ Sulaiman
No. Telefon : 05-8083020
No faks : 05- 8062576
Alamat e-mel : seratas6050@yahoo.com

SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah adalah sebuah daripada 54 buah sekolah berasrama penuh yang terdapat di Malaysia. Terletak di lokasi yang begitu strategik, 3 km dari Bandar Taiping serta keunikannya yang telah menarik minat masyarakat.
Seiring dengan kepesatan pembangunan serta kemudahan infrastruktur yang terdapat di taiping seperti kompleks membeli belah yang baik, kawasan peranginan, taman rekreasi dan tempat penginapan yang lengkap dan menarik telah menjadikan SM Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS) sebagai tarikan kepada masyarakat sekeliling.
Sekolah ini ditubuhkan pada 1 Januari 1982 dalam Rancangan Malaysia Ketiga. Didirikan di atas tapak seluas 51.9 ekar. Nama asalnya, Sekolah Menengah Sains Perak (SEMESTA). Pembukaannya dirasmikan oleh Al-marhum DYMM Seri Paduka Sultan Idris Al-Mutawakkil Alallahhi Shah bin Almarhum Sultan Iskandar Shah Kaddallah pada 3 Oktober 1983. Pada 21 Februari 1987, namanya telah dimasyurkan kepada Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah oleh DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah, Sultan Perak ketika ini.
Pejabat urusetia yang berfungsi menyelia pembinaan sekolah ditubuhkan pada 15 Mac 1982 ditempatkan sementara di Pejabat Pelajaran Taiping. Ia dipindah ke tempatnya sekarang pada Jumaat 21 Mei 1982. Pembinaan sekolah telah siap pada 14 Julai 1982. Beberapa kemudahan lain telah ditambah berperingkat-peringkat seperti masjid (8 Jun 1989), Dewan Kuliah, Astaka (1 April 1989), Balai Pameran (18 Ogos 1990), Padang Hoki, Balai Bertanggak, Bangunan Kejuruteraan, Laluan Beratap dari asrama ke sekolah dan asrama.
Kumpulan pertama guru, seramai 20 orang telah melapor diri pada 16 Ogos 1982. Mereka telah banyak membantu menyediakan pelbagai kemudahan untuk murid-murid. Pada hari ini terdapat 68 orang guru yang mempunyai berbagai latar belakang kelulusan dan kepakaran mendidik murid dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.





Lencana sekolah dan lagu sekolah


Tabung Uji, kelalang dan gear
Melambangkan pendidikan sains teras perkembangan teknologi demi kemakmuran Negara
Kepala kereta api dan perkataan Taiping
Mengingat pembinaan landasan keretapi yang pertama di Malaysia
Gegelang
Melambang kejituan semangat kesukanan, kesetiaan dan keakraban
Buku yang terbuka
Memaparkan proses penitisan ilmu yang berlaku berterusan
Warna
Kuning — melambangkan kesetiaan pada raja sebagai sifat utama negara kita
Biru — melambangkan harmoni
Hitam — melambangkan ketegasan

Lagu Sekolah

Sekolah Raja Tun Azlan Shah
Sekolah ku yang tercinta
Mencapai cita mulia
Berbakti pada Negara

Berdisplin, Berilmu, Berbakti
Bersopan santun budi mulia
Belajar dan berusaha
Itulah pegangan kami

Kepada mu oh tuhanku
Penuhi hasrat yang satu
Moga maju sekolah ini
Gagah berdiri kekal abadi

Sekolah Raja Tun Azlan Shah
Sekolah ku yang tercinta
Mencapai cita mulia
Berbakti pada negara

VISI SEKOLAH
  • Memperkasa SM Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping Sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Holistik Bertaraf Dunia
MISI SEKOLAH
  • Menjana modal insan berilmu pengetahuan, berkeperibadian unggul dan memiliki kemahiran berfikir tahap tinggi
  • Membudayakan sekolah sebagai institusi pembelajaran

MOTO
SERATAS KEKAL TERATAS




No comments:

Post a Comment