Pages

Tuesday 23 April 2013

Virus shortcut remover

Kali ini fiq nk kongsi dengan semua tools Virus Shortcut Remover versi yang terbaru iaitu Virus Shortcut Remover v3.1. Berlainan daripada versi sebelum ini yang pernah fiq sharekan kepada korang semua iaitu Virus Shortcut Remover v2.2, versi 3.1 kali ini berlainan sedikit dari segi interface dan fungsi. So, kepada sesiapa yang menggunakan versi yang lama bolehlah download dan menggunakan Virus Shortcut Remover v3.1 yang terbaru ini. Di sini juga fiq sertakan tips yang amat berguna untuk korang semua yang penah pakai Virus Shortcut Remover sebelum ini tetapi virus shortcut masih ada lagi dan tidak dapat dibuangkan sepenuhnya daripada PC, korang mestilah guna tools ini dalam keadaan safe mode . Virus shortcut ini biasanya akan mudah dijangkiti melalui pendrive kemudian akan menetap di dalam partition C:/user/application data ataupun C:/document and settings/application data. Setelah korang guna tools yang fiq sharekan ini kemudian scan PC korang menggunakan perisian antivirus sepenuhnya. Insyallah, mujarab kalau gunakan teknik ni.

Download file
http://www.4shared.com/file/QjoON7jY/Shortcut_Virus_Remover_v31.htm



Wednesday 10 April 2013

Antivirus yg mnjadi pilihan


Ini adalah sistem antivirus yang sering kita dapat lihat penggunaan yg sgt meluas. sekiranye korang nk pilih antivirus mn yg sesuai. Lihatlah antara antivirus ini.













1. BitDefender Antivirus 








2. McAfee Antivirus













3. Kaspersky Antivirus 













4. ESET Antivirus 













5. Norton Antivirus 















6. F-Secure Antivirus 













7. Vipre Antivirus 










8. TrendMicro Antivirus 













9. ZoneAlarm Antivirus 













10. Panda Antivirus 

Other Antivirus Programs

Avira Antivirus 
Avast Antivirus 
Avanquest Antivirus 
G Data Antivirus
Webroot Antivirus
PC Tools Antivirus
Comodo Antivirus 
CA Antivirus 
Norman Antivirus 
AVG Antivirus 
Sophos Endpoint Security 
Quick Heal Antivirus
Microsoft Security Essentials 

Tips untuk mengurangkan berat badan



Rasanya bukan lagi satu berita tergempar bahawasanya kwn fiq ni suka makan. Ehem. Diam korangz.
Dalam pada masa yang sama kwn fiq sentiasa monitor weight Keknis sebab semua perkara yang Dia buat adalah bersebab. Cara dia makan, waktu dia makan, makanan yang dia ambil, exercise yang dia buat, bilangan kunyahan setiap suapan cewah suka lebih2.

Ada ketika dia rasa dia perlu naikkan berat badan, dia terpaksa ubah gaya hidup. Ada masanya, orang tegur badan dah naik sangat tak sesuai untuk TV, dia experiment cara lain pula untuk kurangkan. Jadi tips ini adalah dari experience, dari DIET DIARY dia. Nota: Diet bermaksud pemakanan ya. Bukan bermaksud jaga makan/makan kurang. Sebab itu doktor sarankan 'jagalah diet anda'. Maksudnya jagalah pemakanan anda. Salah bila ada gunakan 'saya sedang berdiet'. Huh?

Untuk Turun/Maintain Berat Badan.

1. Makan sedikit tapi banyak kali. Namun kalau kat restaurant yang mana makanannya portion besar, hmm memang terpaksa habiskan. Untuk hari yang macam itu, Keknis cuma makan 3kali sehari.

2. Pernah dengar 'Breakfast like king, lunch like prince, dinner like a pauper/beggar'? Kenapa kena breakfast paling meriah dan merudumkan kemeriahannya pabila melewati harimu? Sebab untuk brekafast yang besar, kita ada WHOLE DAY untuk hadam ia dan bakar lemak itu. Bila dinner pula, lepas makan kita terus rehat dan tidur. Jadi dinner dia memang simple selalunya atau kecil portionnya. Breakfast besar, lunch sederhana, dinner sedikit. Amalkan.

3. Sejak dia dah dewasa ini, dia agak-agak dia dah merasa semua air yang sedap-sedap fruit punch smoothies shake mocktail juice bagai. Jadi dia pun sudah mula berhenti minum air yang fancy dan manis (kecuali Red Bull untuk waktu kerja terutama waktu hosting). Kini semua makanan yang sedap-sedap itu akan mendapat pasangan yang terbaik, iaitu air mineral. Memang air mineral all the way. Cuma pagi saja minum yoghurt drink (rarely). Breakfast like king katakan.

4. Detox. Usahakanlah untuk berry (nama manja bagi buang ayaq besaq) sekali sehari. Ini kena consistent sebab tak bagus untuk badan simpan toksik lama2. Syukur sebab sistem penghadaman dia baik, boleh auto every morning LOLOLOLOL TOO MUCH INFO SHADAP YOU, tapi bagi yang susah nak berry everyday: try minum Milo setiap pagi selepas breakfast. Makan pisang setiap hari. Goodluck!

5. Detox, masih dalam topik penyahtoksik (detox). Sebab dia suka gilos makan dessert/pencoci mulot, jadi banyak sugar dalam badan. Sugar tulah yang boleh menggemukkan! Maka, selain cuba membalas balik dengan air mineral, setiap malam sebelum tidur dia akan minum green tea! Green tea sangat sedap waktu masih panas/suam. Cubalah suka, perlahan-lahan mesti boleh.

6. Jangan malas berpeluh. Pagi-pagi dia akan menari sebelum mandi. Ada yang tanya menari camnerrrrrr tuewwwww? OMG korangz. Menari jelah macam mana pun. Macam parodi Shae Sayang tuh pun kalau bersungguh buat sure berpeluh. Berpeluh untuk 30minit baru sejukkan badan dan shower. Rasa segar gila nak pergi kerja, selain menggunakan semua benda yang dah anda pelahap itu sebagai tenaga :') Tak sia-sia makan... bukan untuk tambahkan ukuran lilitan pinggang.

7. Makan dalam mangkuk dan gunakan sudu. Okay ini tips untuk tak terlebih makan masakan Mama. Mama masak super sedap okay, and for him, kalau makan guna tangan memang kerja nak menambah nasik ajer! Sedap betul ya jus-jus tangan. Memang bagus makan pakai tangan sebab peluh tangan boleh hadamkan makanan itu sekali, tapi, kalau dah portion tambah nasi 3kali ganda... sila pahamkan konsep. So, bila nak kawal nafsu, memang dia makan nasi berlauk pakai mangkuk dan sudu! Tak tambah nasik! Terel :') (sudu kurang nikmat hahaha)

Profile Sekolah Berasrama Penuh SBP


Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh 
dan Sekolah Kecemerlangan

Pengarah
Tn. Hj. Rosland Bin Hussein

Alamat
Aras 3, Blok2251, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya,
Selangor

No Telefon
03-8321 7400

No Faks
03-8321 7403 / 7402 / 7401

Visi
PENERAJU PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA

Misi
Menggerak dan Memastikan Perkhidmatan Profesionalisme dan Pengurusan
 Pendidikan Bertaraf Dunia Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Falsafah Pendidikan Kebangsaan
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan bangsa Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan keluarga serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara."

Piagam Pelanggan

Kami seluruh anggota Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia berikrar dan berjanji menumpukan sepenuh tenaga dan usaha bagi memberikan perkhidmatan yang berkesan dengan mengeluarkan:
  • surat tawaran kemasukan ke tingkatan satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh kepada murid-murid yang berjaya dalam tempoh 45 hari bekerja selepas tarikh UPSR diumumkan;
  • surat tawaran kemasukan ke tingkatan empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh kepada murid-murid yang berjaya dalam tempoh 30 hari bekerja selepas tarikh PMR diumumkan;
  • surat pertukaran kepada murid yang memohon bertukar dari Sekolah Berasrama Penuh ke sekolah harian dalam tempoh 15 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima;
  • surat penempatan pertama bagi guru-guru baharu di Sekolah Berasrama Penuh dalam tempoh 45 hari bekerja dari tarikh data guru diterima dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian;
  • surat pertukaran guru kepada pemohon-pemohon yang berjaya dalam tempoh 90 hari bekerja dari tarikh tutup permohonan; dan
  • surat pelantikan warden kepada sekolah setelah diluluskan oleh panel mesyuarat dalam tempoh 20 hari bekerja dari tarikh mesyuarat.
Objektif
Objektif utama penstrukturan semula Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan:
  1. Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan terutama dalam hal ehwal persekolahan, guru dan murid;
  2. Memastikan cadangan-cadangan dalam Pembangunan Pendidikan (2001-2010) dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan;
  3. Menyediakan garis panduan serta kriteria bagi mewujudkan sekolah-sekolah yang selaras dengan matlamat Wawasan 2020;
  4. Mewujudkan permuafakatan di semua Sekolah Berasrama Penuh;
  5. Menentukan keperluan penubuhan sekolah baru di kawasan-kawasan yang baru dibangunkan selaras dengan keperluan  pembangunan negara;
  6. Meningkatkan tahap kemudahan fizikal dan prasarana sekolah bagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif;
  7. Menempatkan guru yang memenuhi keperluan negeri dari segi opsyen dan bilangan;
  8. Meluluskan pertukaran guru yang memenuhi keperluan negeri dari segi opsyen dan bilangan;
  9. Meningkatkan tahap kebajikan guru;
  10. Meningkatkan keyakinan diri murid dalam bidang akademik, afektif, psikomotor dan emosi melalui program jaya diri seperti program motivasi, pertandingan-pertandingan dan program pendidikan luar;
  11. Memperluaskan khidmat kaunseling, kerjaya dan bimbingan bagi meningkatkan kesejahteraan diri murid;
  12. Meningkatkan taraf kesihatan dan keselamatan murid dan seluruh warga sekolah;
  13. Memperluaskan penyertaan murid dalam bidang kokurikulum daripada 30% kepada 100%;
  14. Memberi pendedahan dunia luar kepada murid melalui program pertukaran murid antarabangsa;
  15. Mengurangkan masalah disiplin dan salah laku murid; dan
  16. Meningkatkan kualiti sahsiah murid-murid dalam bidang disiplin, penerapan nilai-nilai murni, pemantapan akidah dan sifar dadah.

Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah

Ari ni fiq akan menceritakan latar belakang sebuah sek. Sek ni juga merupakan sek fiq pada zaman remaja.

Maklumat Sekolah
Nama Sekolah : SM Sains Raja Tun Azlan Shah
Alamat Sekolah : Peti Surat 79, 34000 Taiping, Perak
Kod Sekolah : AEA 6050
Gred Sekolah : A
Nama Pengetua : Pn Hajah Noriza bt Dato’ Sulaiman
No. Telefon : 05-8083020
No faks : 05- 8062576
Alamat e-mel : seratas6050@yahoo.com

SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah adalah sebuah daripada 54 buah sekolah berasrama penuh yang terdapat di Malaysia. Terletak di lokasi yang begitu strategik, 3 km dari Bandar Taiping serta keunikannya yang telah menarik minat masyarakat.
Seiring dengan kepesatan pembangunan serta kemudahan infrastruktur yang terdapat di taiping seperti kompleks membeli belah yang baik, kawasan peranginan, taman rekreasi dan tempat penginapan yang lengkap dan menarik telah menjadikan SM Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS) sebagai tarikan kepada masyarakat sekeliling.
Sekolah ini ditubuhkan pada 1 Januari 1982 dalam Rancangan Malaysia Ketiga. Didirikan di atas tapak seluas 51.9 ekar. Nama asalnya, Sekolah Menengah Sains Perak (SEMESTA). Pembukaannya dirasmikan oleh Al-marhum DYMM Seri Paduka Sultan Idris Al-Mutawakkil Alallahhi Shah bin Almarhum Sultan Iskandar Shah Kaddallah pada 3 Oktober 1983. Pada 21 Februari 1987, namanya telah dimasyurkan kepada Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah oleh DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah, Sultan Perak ketika ini.
Pejabat urusetia yang berfungsi menyelia pembinaan sekolah ditubuhkan pada 15 Mac 1982 ditempatkan sementara di Pejabat Pelajaran Taiping. Ia dipindah ke tempatnya sekarang pada Jumaat 21 Mei 1982. Pembinaan sekolah telah siap pada 14 Julai 1982. Beberapa kemudahan lain telah ditambah berperingkat-peringkat seperti masjid (8 Jun 1989), Dewan Kuliah, Astaka (1 April 1989), Balai Pameran (18 Ogos 1990), Padang Hoki, Balai Bertanggak, Bangunan Kejuruteraan, Laluan Beratap dari asrama ke sekolah dan asrama.
Kumpulan pertama guru, seramai 20 orang telah melapor diri pada 16 Ogos 1982. Mereka telah banyak membantu menyediakan pelbagai kemudahan untuk murid-murid. Pada hari ini terdapat 68 orang guru yang mempunyai berbagai latar belakang kelulusan dan kepakaran mendidik murid dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.





Lencana sekolah dan lagu sekolah


Tabung Uji, kelalang dan gear
Melambangkan pendidikan sains teras perkembangan teknologi demi kemakmuran Negara
Kepala kereta api dan perkataan Taiping
Mengingat pembinaan landasan keretapi yang pertama di Malaysia
Gegelang
Melambang kejituan semangat kesukanan, kesetiaan dan keakraban
Buku yang terbuka
Memaparkan proses penitisan ilmu yang berlaku berterusan
Warna
Kuning — melambangkan kesetiaan pada raja sebagai sifat utama negara kita
Biru — melambangkan harmoni
Hitam — melambangkan ketegasan

Lagu Sekolah

Sekolah Raja Tun Azlan Shah
Sekolah ku yang tercinta
Mencapai cita mulia
Berbakti pada Negara

Berdisplin, Berilmu, Berbakti
Bersopan santun budi mulia
Belajar dan berusaha
Itulah pegangan kami

Kepada mu oh tuhanku
Penuhi hasrat yang satu
Moga maju sekolah ini
Gagah berdiri kekal abadi

Sekolah Raja Tun Azlan Shah
Sekolah ku yang tercinta
Mencapai cita mulia
Berbakti pada negara

VISI SEKOLAH
  • Memperkasa SM Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping Sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Holistik Bertaraf Dunia
MISI SEKOLAH
  • Menjana modal insan berilmu pengetahuan, berkeperibadian unggul dan memiliki kemahiran berfikir tahap tinggi
  • Membudayakan sekolah sebagai institusi pembelajaran

MOTO
SERATAS KEKAL TERATAS




New Blog for Me

Hai. Ari ni saya bru nk mula blogging. Blog saya insyaallah akn saya msuk kn plbagi benda utk kmudahan semua. :)